SNAP n PAY

Yayasan Islam Darul Islam (YIDE) telah bekerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk membangunkan aplikasi Snap and Pay (FPX Payment). 

Aplikasi ini adalah saluran pembayaran terbaharu dan lebih mudah iaitu pengguna hanya perlu mengimbas kod bar atau kod QR untuk nombor akaun dan jumlah bayaran yang tertera untuk menderma. Aplikasi ini dibangunkan oleh Bank Islam, ia boleh digunakan oleh pengguna perbankan internet yang lain. Ini merupakan inisiatif YIDE untuk mempelbagaikan cara untuk menyumbang. 

Aplikasi ini adalah sesuai untuk capaian pengguna android. Setiap dana Infaq yang diterima akan disalurkan kepada Tabung Anak-Anak Yatim, Tabung Pusat Dialisis MAIS, dan Tabung Musibah / Malapetaka (Bencana Alam).