Rekaan logo ini adalah gabungan daripada logo MAIS yang menjadi idea utama dalam rekaan logo Yayasan Islam Darul Ehsan kerana mengambil bentuk dan warna asas bagi memberikan imej anak syarikat dibawah MAIS dan bentuk menara Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Gabungan ini adalah bagi menunjukkan kebesaran dan kerjasama antara organisasi MAIS yang menjadi penaung kepada semua anak-anak syarikatnya dalam perlembagaan Negeri Selangor.

Warna logo tetap mengekalkan warna yang ada pada logo MAIS iaitu biru dan hijau yang mana biru corak islamik yang berbucu lapan adalah elemen grafik geomatrik Islam yang menggambarkan kecemerlangan tamadun Islam dan kesediaan menghadapi cabaran global. Ia juga menggambarkan keharmonian dan ikatan dakwah antara warga Yayasan Islam Darul Ehsan dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Hijau pula melambangkan erti kedamaian dan konsep mesra pelanggan yang menjadi pegangan Yayasan Islam Darul Ehsan dalam merealisasikan visi dan misis yang telah ditetapkan oleh pengurusan.