Infaq Dana – Pembinaan Kompleks Anak Yatim
Selain dari menitikberatkan pada kelangsungan dan kesejahteraan kebajikan anak-anak yatim individu, YIDE telah mengorak langkah untuk menguruskan sebuah kompleks anak yatim sendiri dan pada 19 Ogos 2019 yang lalu DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan menyempurnakan cadangan Pembangunan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah dan melancarkan tabung wakaf khas bagi tujuan ini demi merealisasikan pembangunan kompleks ini agar dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Kompleks ini direncanakan untuk menampung 200 anak yatim atau fakir miskin lelaki pada satu-satu masa. Dikembangkan dengan konsep Islamik Kontemporari, kompleks ini diharapkan menjadi yang paling moden di Negeri Selangor dengan kos pembangunan sejumlah RM 17 Juta, merangkumi Kos Pembangunan Struktur dan juga Kos Perabot dan Kelengkapan.
Kos Pembangunan Struktur : RM 15,923,654.00
Kos Perabot dan Kelengkapan : RM 736,455.00