RM 775,800.00 TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN ANAK YATIM DENGAN SERAMAI 7,758 PENERIMA SUMBANGAN YIDE

SHAH ALAM, 30 APRIL 2021 – Sebanyak RM 775,800.00 telah dikreditkan sumbangan hari raya kepada 7,758 orang anak yatim dibawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di sembilan daerah di negeri ini.

Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Nur Mohd Razali Abdullah berkata, pada tahun ini sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim diteruskan dengan melalui kaedah pindahan dalam talian ke setiap akaun bank anak anak yatim manakala program tahunan majlis penyerahan bersama Raja Muda Selangor pada Ramadan tahun ini telah dibatalkan.

“Ini mengambil kira faktor keselamatan susulan penularan wabak Covid-19 yang masih belum dapat dibendung sepenuhnya, selain bagi mengelak rakyat daripada risiko terkena jangkitan,” .

“Ujar beliau lagi, sumbangan sebanyak RM 100.00 setiap orang telah dikreditkan ini juga adalah hasil sumbangan orang ramai, syarikat korporat serta anak syarikat kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan sumbangan tetap daripada akaun Tabung Amanah Anak Yatim, Majlis Agama Islam Selangor.”

“Selain itu juga terdapat kes-kes terpencil antaranya penjaga dan anak-anak yatim tiada akaun bank dan pegawai YIDE turun padang untuk menyerahkan sendiri melalui serahan tangan bagi memastikan mereka ini turut merasai sumbangan yang diberikan.” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Agihan pada tahun ini melibatkan 9 daerah di Negeri Selangor iaitu; Klang seramai 1,508 orang, Petaling (1,155), Sabak Bernam (392), Kuala Selangor (841), Hulu Langat (1,392), Sepang (343), Gombak (1,057), Hulu Selangor (527) dan Kuala Langat (543).

YIDE mengajak kepada orang ramai dan syarikat-syarikat korporat, memuliakan anak anak yatim dengan terus menyumbang melalui platform pembayaran atas talian (online) melalui Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/ , juga melalui Jom Pay (Biller Code: 81059 dan aplikasi Snap and Pay.Manakala umat Islam di daerah Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat boleh mendapatkan Kupon Infaq yang boleh diperolehi daripada amil-amil Lembaga Zakat Selangor.Sumbangan orang ramai boleh terus ke akaun korporat YIDE, Bank Islam 1223 4010 0073 30 dan hubungi talian utama YIDE untuk mendapatkan resit pelepasan cukai di talian 017-756 9476 atau 017-756 9478.

Setiap sumbangan yang diberikan akan dikecualikan cukai pendapatan dan potongan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui resit rasmi YIDE..Dikesempatan ini YIDE ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan terus patuhi arahan-arahan semasa daripada pihak berkuasa agar kita semua dapat memutuskan rangkaian wabak covid-19 ini.

Kita Mesti Menang!

Viral Diberhentikan Kerja Kerana Diagnos Pesakit Kanser Usus Mendapat Perhatian YIDE

13 November 2020, Kuala Kubu Bahru - Viral di media sosial baru-baru ini, seorang pekerja yang diberhentikan kerja kerana menghidap Kanser Usus mendapat perhatian segera daripada pihak Yayasan Islam Darul Ehsan yang turut menyampaikan sumbangan kecemasan musibah YIDE. Mohd Firdaus Bin Saidin, 33, mempunyai tanggungan isteri serta 5 orang anak dan kini sedang menjalani rawatan berkala di Hospital Kuala Kubu Bahru. Beliau sedang dalam proses pendaftaran sebagai Asnaf di bawah Lembaga Zakat Selangor. YIDE diwakili oleh Md. Arifin Bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE. Sumbangan wang tunai + kit bantuan diserahkan oleh wakil Pengurusan Tertinggi YIDE. Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menderma melalui Tabung Dana Musibah YIDE. Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah/malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian Hotline YIDE : +6017 - 756 9476. Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat YIDE di talian +603-55103931, email ke publisiti@yide.com.my atau layari : www.yide.com.my #InfoYIDE #PrihatinKebajikanUmmah

Majlis Penghargaan Hero COVID19 YIDE

Majlis Penghargaan Hero COVID-19 pada 18 September 2020 telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Ahmad Shahir Bin Makhtar. Turut dihadiri oleh Ybhg. Dato' Bakhtiar Husin, Pengerusi YIDE dan Ybhg. Tuan Haji Salim Bin Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE.

TouchNGo E-Wallet

Sumbangan Anda Kini Lebih Mudah dengan
TouchNGo E-Wallet.

Langkah-Langkah:

Kaedah 1

1. Halakan Kamera / Scan QR Code di TnG E-Wallet;
2. Buka Aplikasi TnG E-Wallet dan Pilih "Scan";
3. Masukkan Jumlah Sumbangan;
4. Masukkan Kata Laluan E-Wallet anda;
5. Sumbangan Telah Berjaya dikreditkan ke Akaun Infaq Dana YIDE.

atau,

Kaedah 2

1. Simpan QR Code TnG E-Wallet galeri gambar;
2. Buka Aplikasi TnG E-Wallet dan Pilih "Scan";
3. Masukkan Jumlah Sumbangan;
4. Masukkan Kata Laluan E-Wallet anda;
5. Sumbangan Telah Berjaya dikreditkan ke Akaun Infaq Dana
YIDE.






Mangsa Kebakaran di Daerah Petaling Terima Sumbangan Ad-Hoc Musibah YIDE

15 Mei 2020, Gombak - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengunjungi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah di Jalan SS5A/15 Kelana Jaya. . Penghuni rumah, Razali Bin Abdul Ghani Berkata kebakaran berlaku dengan pantas dan struktur rumah miliknya hampir keseluruhan hangus terbakar. Mangsa kebakaran mendapat perhatian YIDE setelah menerima maklumat kebakaran dari ahli keluarga mangsa. . Kunjungan hari ini diwakili oleh Md. Arifin Bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE yang turut mewakili YIDE menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai. . Sumbangan Ad-Hoc ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama YIDE membantu mangsa yang ditimpa musibah khususnya Di Negeri Selangor. . Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah/malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian Hotline YIDE ; 017 756 9476. . Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat YIDE di talian +603 - 5510 3931, email ke publisiti@yide.com.my atau layari : www.yide.com.my #InfoYIDE #PrihatinKebajikanUmmah

Mangsa Kebakaran Di Daerah Gombak Terima Sumbangan YIDE



21 April 2020, Gombak – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengunjungi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah pada Sabtu yang lepas di Jalan Kampung Kerdas Batu 6, Gombak.
.
Tidak lupa juga akan kebajikan mereka yang ditimpa musibah dan malapetaka, YIDE terus komited membantu mereka yang memerlukan khususnya di Negeri Selangor. Kunjungan YIDE ini diwakili oleh Muhammad Zubair Bin Azizan, Pegawai Hal Ehwal Kebajikan YIDE.
.
Penghuni rumah, Arifin Bin Rahmat berkata kebakaran berlaku dengan pantas dan struktur dua rumah miliknya hampir keseluruhan hangus terbakar. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba. Mangsa yang telah mendiami rumah tersebut lebih daripada 30 tahun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa.
.
Mangsa kebakaran mendapat perhatian YIDE setelah menerima maklumat dari wakil kariah Ahli Masjid Lama Batu 6 Gombak. Sumbangan yang disampaikan oleh YIDE kepada keluarga berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai. Sumbangan Ad-Hoc ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama YIDE membantu mangsa yang ditimpa musibah khususnya Di Negeri Selangor.
.
Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah/malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian Hotline YIDE ; 017 756 9476.
.
Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh menghubungi terus Ibu Pejabat YIDE di talian +603 – 5510 3931, email ke publisiti.yide@gmail.com atau layari : www.yide.com.my
#InfoYIDE #PrihatinKebajikanUmmah

YIDE Bantu Mangsa Kebakaran di Klang

13 April 2020, Klang : Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengunjungi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah pada Sabtu yang lepas di Taman Seri Pinang, Batu Belah, Klang. . Di dalam kesungguhan YIDE dalam usaha mengagihkan bantuan kepada Barisan Hadapan, YIDE tetap komited membantu mereka yang ditimpa musibah dan malapetaka. . Kunjungan YIDE ini diketuai oleh Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE. . Penghuni rumah, Zulkefli Bin Jaafar berkata kebakaran berlaku dengan cepat dan hampir 90% barang kediaman hangus terbakar. Menurut forensik bomba, kebakaran berpunca daripada litar pintas di bilik tidur utama dan kerugian dianggarkan lebih RM 80,000.00. . Sumbangan yang disampaikan oleh YIDE kepada keluarga berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai. Sumbangan Ad-Hoc ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama YIDE membantu mangsa yang ditimpa musibah khususnya Di Negeri Selangor. . Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah/malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian Hotline YIDE ; 017 756 9476. . Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh menghubungi terus Ibu Pejabat YIDE di talian +603 - 5510 3931, email ke publisiti.yide@gmail.com atau layari : www.yide.com.my #InfoYIDE #PrihatinKebajikanUmmah