Mangsa Kebakaran Di Daerah Gombak Terima Sumbangan YIDE



21 April 2020, Gombak – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengunjungi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah pada Sabtu yang lepas di Jalan Kampung Kerdas Batu 6, Gombak.
.
Tidak lupa juga akan kebajikan mereka yang ditimpa musibah dan malapetaka, YIDE terus komited membantu mereka yang memerlukan khususnya di Negeri Selangor. Kunjungan YIDE ini diwakili oleh Muhammad Zubair Bin Azizan, Pegawai Hal Ehwal Kebajikan YIDE.
.
Penghuni rumah, Arifin Bin Rahmat berkata kebakaran berlaku dengan pantas dan struktur dua rumah miliknya hampir keseluruhan hangus terbakar. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba. Mangsa yang telah mendiami rumah tersebut lebih daripada 30 tahun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa.
.
Mangsa kebakaran mendapat perhatian YIDE setelah menerima maklumat dari wakil kariah Ahli Masjid Lama Batu 6 Gombak. Sumbangan yang disampaikan oleh YIDE kepada keluarga berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai. Sumbangan Ad-Hoc ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama YIDE membantu mangsa yang ditimpa musibah khususnya Di Negeri Selangor.
.
Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah/malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian Hotline YIDE ; 017 756 9476.
.
Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh menghubungi terus Ibu Pejabat YIDE di talian +603 – 5510 3931, email ke publisiti.yide@gmail.com atau layari : www.yide.com.my
#InfoYIDE #PrihatinKebajikanUmmah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *