YIDE PERGIAT USAHA CARI DANA PEMBINAAN KOMPLEKS ANAK YATIM PULAU INDAH

PETALING JAYA, 27 Februari 2020 - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Dana, Pembinaan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah di menara KPMG baru-baru ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato’ Bakhtiar Hussin, Pengerusi YIDE dan turut dihadiri oleh Dato’ Mahmood Abas, Pengerusi HDC Global, Mohamad Razif Abdul Wahab Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn. Bhd, Ar. Azim Tan Sri Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Atsa Architects Sdn. Bhd, Mohd Salim Bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Nur Mohd Razali Bin Abdullah Pengurus Besar YIDE. “Menurut Dato Bakhtiar Hussin, Kompleks tersebut dijangka akan memulakan pembinaan pada hujung tahun ini dan YIDE membuka ruang kepada orang awam,GLC Negeri Selangor dan syarikat Swasta untuk mengambil peluang infaq dana bagi merealisasikan hasrat murni YIDE untuk membangunkan Kompleks Anak Yatim ini.” “Infaq dana juga boleh melalui perbankan internet dengan melayari https://yide.com.my/donations/infaq-dana-kompleks-anak-yatim/ “Setiap infaq yang diberikan Akan dikecualikan daripada Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui Resit Rasmi, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)”

YIDE TERIMA PENGHARGAAN KHAS ANUGERAH INOVASI – MEDIA MASSA TERBAIK DARIPADA MAIS

SHAH ALAM, 28 Februari 2020 - Yayasan Islam Darul Islam (YIDE) menerima penghargaan khas untuk kategori inovasi – media massa terbaik daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam satu majlis Bersama Pengerusi MAIS yang diadakan di Hotel Concorde baru baru ini. Penghargaan khas ini disampaikan oleh YAD Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi MAIS. Dalam perkembangan yang sama, Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE menzahirkan kesyukuran atas penghargaan khas yang telah diberikan kepada YIDE. “Sepanjang tahun YIDE telah melaksanakan beberapa program amal khususnya pencarian dana bagi disumbangkan kepada anak-anak yatim, pesakit dialisis dan bantuan musibah dana bencana alam. YIDE juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYTM Raja Muda Selangor, berkenan mencemar duli untuk menyertai program amal YIDE yang telah dijalankan khususnya pada tahun 2019.” “Tambah beliau lagi, program yang telah YIDE jalankan mendapat liputan media yang sangat menggalakan dan YIDE mengucapkan terima kasih atas kerjasama media cetak dan elektronik atas liputan berita yang telah dijalankan” “InsyaALLAH YIDE akan mengadakan program khas Bersama media akan datang bagi menghargai jasa pihak media atas sokongan dan dokongan kepada YIDE”