YIDE Salur Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj(RAYSAS)

TANJUNG KLING, 6 Mei 2019 - Sebanyak RM 16,200.00 telah diperuntukan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kepada Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Aziz Shah Al-Haj untuk sumbangan Aidilfitri pada tahun ini yang telah disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.Pada tahun ini, YIDE telah menjalinkan kerjasama dengan Pasaraya Hari-Hari, yang mana pihak Pasaraya Hari-Hari akan mengagihkan Kupon Hari Raya kepada anak-anak di RAYSAAS dengan jumlah RM 6,000.00 untuk digunakan membeli pakaian hari raya di Pasaraya Hari-Hari dengan setiap seorang akan menerima Kupon bernilai RM 100.00. Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) komited setiap tahun menyampaikan sumbangan ke RAYSAS dan pada tahun ini telah memasuki tahun yang ke 5 yang mana sebelum ini adalah dibawah tanggungjawab Baitulmal MAIS.

YIDE Salur RM 274,500.00 Sumbangan Anak Yatim di Daerah Klang dan Petaling

SHAH ALAM, 11 Mei 2019 - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah memperuntukkan sebanyak RM 274,500.00 bagi menyalurkan sumbangan aidilfitri kepada anak-anak yatim di Daerah Petaling dan Klang yang mana DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis ini dan menyerahkan sumbangan hari raya aidilfitri kepada anak-anak yatim. . Seramai 2,745 orang anak-anak yatim di kedua-dua daerah ini menerima setiap seorang RM 100.00 bagi membantu menghadapi persiapan aidilfitri yang bakal menjelang tiba dan hari ini kira-kira seramai 600 orang anak yatim yang dijemput hadir bagi menerima sumbangan ini serta yang selebihnya pihak YIDE akan terus memasukan dalam akaun penjaga masing-masing. .

CSR Beri (One-Off) Sumbangan Untuk Penghuni Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras

PAYA JARAS, 12 Mei 2019 - Central Sugars Refinery Sdn Bhd telah menjadikan Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras sebagai rumah anak yatim angkat bermula pada tahun ini dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd telah memperuntukan sebanyak RM 150,000.00 bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan juga barang-barang keperluan lain bagi memberi keselesaan kepada anak-anak yatim di rumah ini. Sebanyak RM 120, 000.00 telah diperuntukan oleh Central Sugars Refinery Sdn Bhd bagi menyalurkan sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan anak yatim dibawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan. Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, CSR telah memperuntukan sumbangan kepada YIDE hari ini sebanyak RM 270,000.00 keseluruhannya untuk anak-anak yatim. . Kerjasama bersama Central Sugars Refinery Sdn Bhd telah bermula pada tahun 2018 telah di peruntukan sebanyak RM 238,000.00 bagi membiayai pembelian Mesin Hemodialisis dan Reverse Osmosis Water.

YIDE Salur RM 54,400.00 Sumbangan Anak Yatim Daerah Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 18 Mei 2019 - DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM54,400 kepada anak yatim di Masjid Taman Padu Permai. . Baginda bersama tetamu kenamaan lain yang tiba di masjid itu kira-kira jam 12.20 tengah hari terlebih dahulu menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid. . Baginda kemudiannya menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membabitkan wang tunai RM100 kepada setiap 544 anak yatim bagi membantu meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri bulan depan.

Sunway Hotel Taja Anak Yatim Shopping Raya 2019

SUBANG JAYA, 26 Mei 2019 - Sunway Hotel dengan berbesar hati bekerjasama dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menaja anak-anak yatim membeli-belah sempena shopping raya. Majlis ini turut dihadiri kakitangan Sunway Hotel yang menyantuni anak-anak yatim di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Anak Yatim YIDE Diraikan Bersama DYTM Raja Muda Selangor

SUBANG JAYA, 24 Mei 2019 - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama FA Selangor, Selangor Youth Community, dan Sunway Group telah menganjurkan Majlis Bersama Anak Yatim. Majlis turut diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

YIDE Bawa Anak Yatim Tonton Piala Sultan Selangor 2019

SHAH ALAM, 27 Julai 2019: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan Kerjasama Kelab Pasukan Bolasepak Negeri Selangor membawa anak-anak yatim bagi menyaksikan The Sultan of Selangor Cup pada 24 Ogos 2019 bertempat di Stadium Shah Alam. . Seramai 500 anak yatim dibawah seliaan YIDE dibawa untuk tontonan secara langsung perlawanan Selangor VS Singapura dengan pas khas. . Ini merupakan salah satu inisiatif YIDE untuk program bersama anak yatim dengan memberi hiburan dalam sukan dan menikmati suasana berada di dalam stadium.

15 Rumah Kebajikan Anak Yatim Terima Sumbangan Persekolahan YIDE

SHAH ALAM, 26 Oktober2019; Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) memperuntukkan sebanyak RM 120,000.00 sumbangan persekolahan kepada anak anak yatim yang berdaftar dibawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) pada hari ini. . Seramai 500 anak-anak yatim menerima sumbangan pakaian sekolah dan perkakas persekolahan seperti kasut, stoking, alat tulis, pensel mewarna dan beg sekolah. Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) sebagai rakan kerjasama YIDE pada tahun ini dipertanggungjawabkan untuk membekal keperluan tersebut dan pakaian sekolah yang diberikan kepada anak-anak yatim ini dijahit sendiri oleh golongan asnaf Lembaga Zakat Selangor yang diberikan latihan oleh TERAS.