YIDE Santuni Pelajar PSRA Sg. Udang Klang

KLANG, 24 September 2019; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) meneruskan aktiviti sosial kebajikan dengan mengedarkan topeng muka kepada pelajar-pelajar di SRA Sg Udang Klang yang kini sedang menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Seramai 279 calon PSRA menerima topeng muka ini berikutan kualiti udara di stesen klang tidak berada dalam keadaan sihat. Dalam masa yang sama juga, YIDE mengedarkan topeng muka ini kepada pelajar-pelajar di Tabika Kemas Bustanul Ah Lami 1 & 2, Kg. Delek. Menurut Pegawai Hal Ehwal Kebajikan YIDE, Muhammad Zubair Azizan, pengedaran penutup mulut ini adalah sebagai salah satu langkah awal menjaga kesihatan bagi menghadapi fenomena jerebu ini.
Terdahulu YIDE telah mengedarkan 1,000 keping penutup mulut di sekitar Johan Setia dan 1,000 keping penutup mulut Seksyen 16 Shah Alam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *