SHAH ALAM, 26 November 2019, Kemeriahan Program Berkhatan Perdana bersama kanak-kanak asnaf dan anak-anak yatim YIDE 2019 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong awal pagi tadi.
Seramai 80 orang kanak-kanak telah dikhatankan dengan kerjasama doktor pakar bedah, penolong pegawai perubatan MSUMC dan alumni perubatan MSU dengan menggunakan kaedah diathermy.
Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak Lembaga Zakat Selangor, Management and Science University (MSUMalaysia) dan MSU Medical Centre.