Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Sertai Aktiviti Korban Bersama Anak Yatim

RAWANG, 14 Ogos 2019 - Sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini, YIDE telah menyertai program Qurban yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Ash-Shakur (PEKEAS) di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Program Qurban ini di lakukan di Asrama Lelaki PEKEAS dengan penglibatan AJK PEKEAS dan masyarakat setempat. Selain dari aktiviti Qurban dan agihan daging Qurban, aktiviti seperti Takbir Raya dan jamuan/kenduri kesyukuran turut diadakan. YIDE sebagai Penyelaras Kluster Kebajikan Anak Yatim manakala PEKEAS merupakan salah sebuah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, Majlis Agama Islam Selangor (NGO-i MAIS) yang aktif dalam menyantuni Anak Yatim serta menjaga kebajikan anak yatim khususnya di Negeri Selangor. Kegembiraan terpancar dari raut wajah anak-anak yatim di sini apabila program seumpama ini dapat dilaksanakan dan kami dari Yayasan Islam Darul Ehsan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang diatas sokongan selama ini bagi menjaga kebajikan anak-anak yatim khususnya di Negeri Selangor.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *