Kejohanan Golf Amal 2019 Yayasan Islam Darul Ehsan

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menganjurkan Kejohanan Golf Amal 2019 (KGA YIDE 2019) pada 19 Oktober 2019, bertempat di Bukit Kemuning Golf & Country Resort, Selangor. Penganjuran KGA YIDE 2019 ini telah memasuki edisi yang ke-3, bermula pada tahun 2015 dan 2018. Tujuan utama penganjuran kejohanan ini diadakan adalah untuk mengumpul dana melalui sumbangan korporat dan hasil penjualan Flight bagi menyalurkan kepada golongan yang memerlukan dan ianya bertepatan dengan fokus utama YIDE adalah berperanan sebagai agensi khidmat bantuan dan kebajikan kepada masyarakat Islam di negeri Selangor seperti: . i. Membantu mangsa yang ditimpa musibah/malapetaka; ii. Menguruskan semua hal ehwal berkaitan anak-anak yatim di negeri Selagor; iii. Menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis di 6 Pusat Dialisis MAIS; . Kejohanan Golf Amal Yayasan Islam Darul Ehsan 2019 (KGA-YIDE 2019) dijangka turut dihadiri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Hole In One pada tahun ini ditawarkan Isuzu D-Max 4x4 bernilai RM 138,000.00. Sebanyak 32 Flight yang ditawarkan dan setiap Flight bernilai RM 5,000.00 serta penyertaan melibatkan 128 pemain golf terdiri daripada syarikat GLC Negeri Selangor, syarikat-syarikat swasta, pemaju hartanah, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga orang awam.​

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *