DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERANGKAT KE MAJLIS MOU PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM

PULAU INDAH, 19 Ogos 2019 - DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan berangkat dan menyaksikan 

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah di Selangor Bio Bay Show Gallery, Klang.

Kompleks yang akan dibina di atas tanah seluas 1.407 hektar dan menelan perbelanjaan berjumlah RM10 juta itu mampu menampung seramai 300 pelajar.

MOU dimetrai antara yang Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Dua blok asrama lelaki dan perempuan akan dibina mengikut fasa yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *