27 Februari 2019- YIDE Ziarah Keluarga Mangsa Rentung Kemalangan di Slim River

Puchong, 27 Februari 2019: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan ziarah mahabbah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis iaitu mangsa yang rentung dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Slim River, pada Sabtu yang lalu.

Kunjungan diketuai oleh Pn. Nor Hafzam Mohamad dan En. Md Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE. Turut hadir bersama En. Muhammad Zubair Azizan, Eksekutif Hal Ehwal Kebajikan YIDE.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Khatijah Abdul Karim, 36 tahun, yang sedang hamil tujuh bulan dan tiga anaknya termasuk pasangan kembar, Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9 tahun, dan Nor Afiqah, 8 tahun.

YIDE menyerahkan bantuan wang tunai dan juga anak-anak Allahyarham YIDE daftarkan sebagai anak yatim dibawah kariah Masjid Nurul Huda, Puchong bagi menyelaraskan bantuan-bantuan khususnya sumbangan raya kelak.

YIDE mendoakan agar keluarga Allahyarham terus cekal dalam menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah S.W.T.

KAYUHAN AMAL MAHABBAH CYCLING 2019

Shah Alam, 22 Februari 2018 : YIDE dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor akan menganjurkan program kayuhan amal pada 16 Mac 2019 sempena hari buah pinggang sedunia yang disambut pada bulan Mac setiap tahun di seluruh dunia dengan mengetengahkan tema ‘Gaya Hidup Sihat, Untuk Buah Pinggang Sihat’. Penganjuran kayuhan amal diadakan buat julung kalinya kerana tahun sebelumnya ini diadakan larian amal yang menghimpunkan lebih kurang 1,000 peserta yang terdiri daripada pesakit pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis dan juga mendapat sokongan daripada masyarakat awam serta agensi-agensi korporat. "Tahun ini YIDE menyasarkan 500 peserta berbasikal bagi program kayuhan amal ini. Objektif utama adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai pembelian mesin-mesin hemodialisis yang baharu di Pusat Dialisis MAIS bagi menggantikan mesin lama yang sering mengalami kerosakan." Mesin sedia ada di 6 cawangan Pusat Dialisis MAIS sebanyak 48 buah yang menampung 270 orang pesakit keseluruhanya dan 9 buah mesin hemodialisis dan 4 RO Water perlu ditukar kerana tempoh usia mesin melebihi 10 tahun dan kerosakan sering berlaku dengan kos baikpulih yang tinggi sehingga menganggu proses rawatan saban hari. Mahabbah Cycling 2019 yang akan dilaksanakan pada 16 Mac 2019 turut mendapat perkenan DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor mencemar duli berangkat hadir.

Selangor Youth Community, Sunway dan YIDE rai Anak Yatim

Petaling Jaya, 25 Nov 2018: Hari terbuka Sunway Serene anjuran Sunway dan Selangor Youth Community meraikan anak-anak yatim Yayasan Islam Darul Ehsan. Seramai 40 orang anak-anak yatik dari kariah Masjid Cahaya Iman, Bandar Rawang diraikan dengan diberi barang kelengkapan asas persekolahan. YIDE menzahirkan ucapan setinggi terima kasih atas komitment daripada Sunway dan SAY bagi meraikan anak-anak yatim ini. InsyaAllah hubungan kerjasama antara SAY, Sunway dan YIDE akan terus dipereratkan kelak demi kelansunggan ummah.

Kejohanan Golf Amal 2018 Yayasan Islam Darul Ehsan

KEJOHANAN GOLF AMAL YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN BERSAMA DYTM RAJA MUDA SELANGOR. KGA YIDE 2018 akan diadakan pada 3 November 2018 di Seri Selangor Golf Club. Tajaan Flight dan tajaan korporat bagi KGA YIDE 2018 akan menfokuskan kepada : Membantu mangsa yang ditimpa musibah/malapetaka. Menguruskan semua hal ehwal berkaitan anak-anak yatim di negeri Selangor. Menawarkan perkhidmatan rawatan hemodialisis di semua Pusat Dialisis MAIS. Objektif utama penubuhan Yayasan yang berorientasi sebagai penyalur bantuan dan kebajikan umat Islam di Negeri Selangor .

Mahabbah Walk 2018

MAHABBAH WALK 2018 dihoskan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah agensi MAIS. Jom geng! Lock tarikh ini: 25 Mac 2018 (Ahad) 6.30 pg - 11.00 pagi Taman Botani Shah Alam Jarak 5 KM Setiap peserta yang menyertai larian ini dan dengan yuran tersebut akan memperolehi : 🥇 Medal 🔖 Sijil Penyertaan 👕 T-shirt Larian 🎯 Button Badge 🛍 Goodies Beg 🥛 Minuman & Makanan

17 Ogos 2018 – YIDE Bantu 3 Keluarga Mangsa Kebakaran di Batu Caves, Selangor

BATU CAVES, 17 OGOS 2018; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang diketuai oleh Md. Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti YIDE telah menyerahkan sumbangan beg barang keperluan asas dan wang tunai kepada 3 keluarga di Kg. Melayu Wira Damai yang mana kediaman mereka telah hangus terbakar baru-baru ini. Kejadian kira-kira jam berlaku jam 3.00 pagi pada rabu yang lepas dan melibatkan 2 buah rumah berpenghuni dan sebuah rumah kosong (8 orang mangsa). Menurut mangsa Siti Hanifa binti Hapipi kejadian berlku ketika semua ahli keluarganya sedang tidur dan mendapati asap tebal dari rumah sebelah. “Tambah beliau lagi, beliau dah ahli keluarga yang lain keluar menyelamatkan diri serta adiknya yang juga seorang OKU bagi mengelak perkara yang tidak diingini. Hanya sebahagian dokumen sahaja yang sempat diselamatkan.” Hasil siasatan awal pihak bomba kebakaran berpunca dari litar pintas. Operasi memadamkan api membabitkan 18 pegawai dan anggota bomba dari Balai Selayang dan Rawang yang turut dibantu penduduk dan orang ramai.

26 Jun 2018 – YIDE Meringankan Beban Mangsa Kebakaran di Kg Rinching Tengah, Hulu Langat

26 Jun 2018 - KG RINCHING TENGAH, HULU LANGAT, Skuad Yayasan Islam Daruk Ehsan di ketuai oleh Pengurus Operasi, En Md Arifin bin Jaafar menyalurkan sumbagan kepada mangsa kebakaran di sini. Kejadian kebakaran melibatkan dua (2) keluarga berbangsa melayu. Menurut mangsa Puan Mardziyah binti Abdul Manaf, kejadian pada jam 2.30 petang semalam telah memusnahkan sebuah motosikal jenis yamaha dan sebuah lagi motosikal jenis suzuki milik jiran. Tiada kemalangan jiwa d laporkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

8 Februari 2018 – YIDE Santuni Mangsa Kebakaran

7 FEBRUARI 2018, Kuala Selangor - Mangsa kebakaran di Kampung Kuantan, Mohammad Radzi bin Mohamad Kasim telah mendapat perhatian Skuad YIDE dalam meyampaikan sumbangan kepada mangsa. Sumbangan berbentuk wang tunai disampaikan oleh En Muhammad Zubair, Pegawai Kebajikan YIDE kepada waris mangsa iaitu Abdul Majid bin Salleh. Kejadian berlaku pada selasa jam 9.40 malam tersebut memusnahkan keseluruhan harta mangsa. Difahamkan mangsa adalah individu orang kelainan upaya(OKU). Semasa kejadian mangsa berada di kedai berhampiran dan dimaklumkan oleh orang ramai berkenaan kebakaran tersebut. Menurut bomba punca kebakaran adalah disebabkan nyalaan lilin di rumah yang ditinggalkan mangsa. Mangsa akan di pindahkan di Masjid Jamiul Muhammadiah Kg. Kuantan. Segala kejadian berkaitan musibah bencana/malapetaka boleh menghubungi pegawai En Muhammad Zubair di talian 017-756 9476 untuk tindakan lanjut.

24 Januari 2018 – Taklimat Pendaftaran Anak Yatim Kepada Nazir-Nazir Masjid Daerah Gombak

GOMBAK, 24 Januari 2018 – Taklimat Pendaftaran Anak Yatim Negeri Selangor telah berlangsung di bilik Mesyuarat Haji Muhammad Syafie, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak melibatkan Nazir-Nazir Daerah Gombak. Taklimat disampaikan oleh En. Muhammad Zubair dan fokus utama taklimat dijalankan adalah untuk memberi maklumat proses pendaftaran anak yatim Negeri Selangor dan Kupon Infaq Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). YIDE adalah sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam Selangor untuk menubuh, mengurus dan mengawal rumah kebajikan anak yatim berdasarkan punca kuasa Seksyen 7(2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 203 dibawah sub-seksyen ,1. Seramai 8,007 orang anak yatim telah berdaftar di bawah YIDE dan seramai 1,031 orang anak yatim berdaftar didaerah Gombak pada tahun 2017. Turut hadir YBhg. Al Fadhil Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak, En. Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi Yayasan Islam Darul Ehsan. Sebarang info berkaitan anak yatim boleh menghubungi En Muhammad Zubair di talian 017-7569476 untuk maklumat lanjut. #PrihatinKebajikanUmmah #AgensiMAIS #MemakmurNegeri #MemartabatBangsa

Pertandingan Penulisan Teks Khutbah

SHAH ALAM, 06 Februari 2020; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengadakan pertandingan Penulisan Khutbah Bertajuk “Peranan Ummah Menyantuni Anak Yatim Di Negeri Selangor”. . Menurut Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali bin Abdullah pertandingan ini terbuka kepada orang ramai khususnya di Negeri Selangor bagi menyumbang idea dari segi penulisan khutbah. . “Penulisan khutbah juga perlu mengikut rukun khutbah yang ditetapkan, dan mengupas tajuk yang diberi dengan teliti dan tersusun supaya pembacaan khutbah akan menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang baik kepada masyarakat.” Pemenang pertandingan penulisan khutbah ini akan menerima wang tunai sebanyak RM 250.00, tempat kedua sebanyak RM 150.00 dan tempat ketiga RM 100.00. Khutbah yang terpilih akan dibawa kepada oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor sebelum dibacakan di seluruh masjid di Negeri Selangor.