YIDE Mengadakan Kunjungan Hormat ke LHDN

CYBERJAYA, 23 September 2019,  Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) diketuai oleh En. Nur Mohd Razali Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif mengadakan sesi perbincangan santai bersama En. Yaacob bin Othman, Pengarah Bahagian Kelulusan dan Pemantaun, LHDN.
Perbincangan dua hala selama 45 minit telah membangkitkan beberapa perkara khususnya berkaitan pengecualian cukai kepada aktivit-aktiviti berkebajikan. YIDE juga diberikan taklimat ringkas berkenaan dasar-dasar LHDN dan juga sub seksyen percukaian yang digunakan di institut keagamaan dan kebajikan.

YIDE Menyokong Blind Football Roadshow Sempena Bulan Sukan Negara

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2019 ; YIDE menyerahkan 300 botol minuman air mineral kepada Star Media Group Berhad bagi memberi sokongan kepada Blind Football Roadshow. Sokongan diberikan sempena Bulan Sukan Negara yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini. Sumbangan YIDE diserahkan oleh Encik Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti YIDE kepada Puan Mawar Aini Long Che, wakil penganjur. 

YIDE Mengadakan Kunjungan Hormat Ke SIPRO Malaysia Sdn Bhd

BUKIT BERUNTUNG, 3 Oktober 2019; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) meneruskan kunjungan hormat kepada sektor-sektor korporat khususnya di Negeri Selangor untuk merapatkan ukhwah antara YIDE dan syarikat korporat. Kunjungan kepada YBhg. Datuk Noraini Soltan, Pengarah Urusan Sipro Malaysia Sdn Bhd berlangsung sekitar 1 jam dan YIDE diwakili oleh Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pemangku CEO dan Encik Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE. Sipro Malaysia Sdn Bhd adalah pengeluar/vendor utama barangan plastik kepada kenderaan Perodua dan juga Proton. Pelbagai inisiatif perbincangan telah disepakati untuk dijalankan bersama khususnya fokus kepada fungsi YIDE menyantuni anak yatim, pesakit dialisis dan bantuan musibah serta malapetaka.

Ziarah Kasih Rumah Bakti Nur Ain, Bangi

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menganjurkan Kejohanan Golf Amal 2019 (KGA YIDE 2019) pada 19 Oktober 2019, bertempat di Bukit Kemuning Golf & Country Resort, Selangor. Penganjuran KGA YIDE 2019 ini telah memasuki edisi yang ke-3, bermula pada tahun 2015 dan 2018. Tujuan utama penganjuran kejohanan ini diadakan adalah untuk mengumpul dana melalui sumbangan korporat dan hasil penjualan Flight bagi menyalurkan kepada golongan yang memerlukan dan ianya bertepatan dengan fokus utama YIDE adalah berperanan sebagai agensi khidmat bantuan dan kebajikan kepada masyarakat Islam di negeri Selangor seperti: . i. Membantu mangsa yang ditimpa musibah/malapetaka; ii. Menguruskan semua hal ehwal berkaitan anak-anak yatim di negeri Selagor; iii. Menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis di 6 Pusat Dialisis MAIS; . Kejohanan Golf Amal Yayasan Islam Darul Ehsan 2019 (KGA-YIDE 2019) dijangka turut dihadiri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Hole In One pada tahun ini ditawarkan Isuzu D-Max 4x4 bernilai RM 138,000.00. Sebanyak 32 Flight yang ditawarkan dan setiap Flight bernilai RM 5,000.00 serta penyertaan melibatkan 128 pemain golf terdiri daripada syarikat GLC Negeri Selangor, syarikat-syarikat swasta, pemaju hartanah, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga orang awam.​

14 Februari 2020 – YIDE Bantu Keluarga Mangsa Ribut Batu 7 Jalan Kebun

SHAH ALAM, 14 Februari 2020: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turun padang membantu 7 keluarga yang ditimpa musibah ribut petang semalam. Kunjungan YIDE yang diketuai oleh Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE ke Jalan Kebun disambut oleh Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni ADUN Sungai Kandis merangkap Pembantu Pengerusi Jawatankuasa Tetap (EXCO) Hal Ehwal Islam Negeri Selangor dan juga Ahli Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut Ketua Kampung Batu 7 Jalan Kebun, Mohd Khairuizam Bin Mohd Tawil kejadian ribut yang melanda petang semalam melibatkan beberapa buah rumah. Keadaan ribut yang luar biasa menyebabkan kerosakan rumah khususnya bumbung diterbangkan oleh angin.

Sumbangan yang disampaikan oleh YIDE kepada 7 buah keluarga berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai. Sumbangan Ad-Hoc ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama YIDE membantu mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka.

30 Januari 2020 – YIDE Hulur Sumbangan Mangsa Kebakaran Kg Bukit Naga

KLANG - 30 Januari 2020; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyampaikan sumbangan ‘Ad-Hoc’ wang tunai dan barang keperluan asas harian kepada 2 buah keluarga yang terlibat dalam nahas kebakaran di Kampung Bukit Naga,pada hari Isnin yang lalu. . Sumbangan telah disampaikan oleh Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE sebagai satu inisiatif YIDE dengan memberi bantuan khususnya kepada rakyat atau organisasi dalam negeri Selangor bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat musibah ini.

7 Januari 2020 – YIDE Hulurkan Bantuan Mangsa Kebakaran di Kg Cheras Baru

HULU LANGAT, 7 Januari 2020, YIDE hadir menyampaikan bantuan kecemasan berbentuk wang tunai dan barang keperluan asas kepada mangsa kebakaran di Kg Cheras Baru, Hulu Langat yang dijilat api lewat malam semalam.

YIDE diwakili oleh En. Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE dan En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pegawai Hal Ehwal Kebajikan YIDE menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan asas untuk keperluan keluarga yang ditimpa musibah. 

6 Januari 2020 – YIDE Bantu Mangsa Kebakaran di Kg. Delek Klang

KLANG, 6 Januari 2019 - Kejadian sini yang berlaku pada petang Jumaat itu memusnahkan hampir keseluruhan rumah mangsa. Menurut salah seorang mangsa punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas. Mangsa yang mendiami rumah tersebut lebih 10 tahun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Mangsa kebakaran melibatkan 5 buah mendapat perhatian Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Ziarah YIDE diketuai oleh Pengurus Operasi, Md Arifin bin Jaafar turut menyampaikan sumbangan tunai dan barang kelengkapan harian kepada mangsa. Mangsa kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Delek dengan dipantau oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

15 Januari 2020 – YIDE Hulur Bantuan Mangsa Banjir di Felcra Sungai Semungkis dan Kg Sungai Gahal

HULU LANGAT, 27 Disember 2019 - Kejadian banjir lumpur yg melibatkan lebih 40 buah rumah di Felcra Sungai Semungkis dan Kg Sungai 

Gahal menharapkan keperihatian agensi utk membantu. Kejadian banjir lumpur ini adalah kali ke-2 pada tahun ini dan bermula oktober lepas

(pada tahun 2018). Menurut mangsa En Abu Samah, kejadian berlaku pd jam 4.00 petang semalam berpunca dari pembinaan lebuhraya berdekatan seterusnya menutup laluan sungai sehingga mengakibatkan banjir lumpur.

YIDE Menganjurkan Khatan Perdana 2019 dengan Kerjasama MSU, Lembaga Zakat Selangor dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong

SHAH ALAM, 26 November 2019, Kemeriahan Program Berkhatan Perdana bersama kanak-kanak asnaf dan anak-anak yatim YIDE 2019 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong awal pagi tadi. Seramai 80 orang kanak-kanak telah dikhatankan dengan kerjasama doktor pakar bedah, penolong pegawai perubatan MSUMC dan alumni perubatan MSU dengan menggunakan kaedah diathermy.

Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak Lembaga Zakat Selangor, Management and Science University (MSUMalaysia) dan MSU Medical Centre.