Sunway Hotel Taja Anak Yatim Shopping Raya 2019

SUBANG JAYA, 26 Mei 2019 - Sunway Hotel dengan berbesar hati bekerjasama dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menaja anak-anak yatim membeli-belah sempena shopping raya. Majlis ini turut dihadiri kakitangan Sunway Hotel yang menyantuni anak-anak yatim di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Anak Yatim YIDE Diraikan Bersama DYTM Raja Muda Selangor

SUBANG JAYA, 24 Mei 2019 - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama FA Selangor, Selangor Youth Community, dan Sunway Group telah menganjurkan Majlis Bersama Anak Yatim. Majlis turut diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

YIDE Bawa Anak Yatim Tonton Piala Sultan Selangor 2019

SHAH ALAM, 27 Julai 2019: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan Kerjasama Kelab Pasukan Bolasepak Negeri Selangor membawa anak-anak yatim bagi menyaksikan The Sultan of Selangor Cup pada 24 Ogos 2019 bertempat di Stadium Shah Alam. . Seramai 500 anak yatim dibawah seliaan YIDE dibawa untuk tontonan secara langsung perlawanan Selangor VS Singapura dengan pas khas. . Ini merupakan salah satu inisiatif YIDE untuk program bersama anak yatim dengan memberi hiburan dalam sukan dan menikmati suasana berada di dalam stadium.

15 Rumah Kebajikan Anak Yatim Terima Sumbangan Persekolahan YIDE

SHAH ALAM, 26 Oktober2019; Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) memperuntukkan sebanyak RM 120,000.00 sumbangan persekolahan kepada anak anak yatim yang berdaftar dibawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) pada hari ini. . Seramai 500 anak-anak yatim menerima sumbangan pakaian sekolah dan perkakas persekolahan seperti kasut, stoking, alat tulis, pensel mewarna dan beg sekolah. Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) sebagai rakan kerjasama YIDE pada tahun ini dipertanggungjawabkan untuk membekal keperluan tersebut dan pakaian sekolah yang diberikan kepada anak-anak yatim ini dijahit sendiri oleh golongan asnaf Lembaga Zakat Selangor yang diberikan latihan oleh TERAS.

Ibu Pejabat YIDE

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN
No. 311 & 312, Tingkat 3, Pangsapuri Bestari,
Persiaran Kemajuan, Seksyen 16 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 – 5510 3931
Fax: +603 – 5510 1245

Kunjungan Mahabbah YIDE ke Northport Malaysia Bhd

Pelabuhan Klang, 2 Mei 2018 ; Yayasan Islam Darul Ehsan telah hadir ke Northport Malaysia Bhd dalam rangka lawatan kerja bagi membincangkan hal ehwal penajaan untuk anak-anak yatim dibawah seliaan YIDE pada bulan Ramadan kelak. Kunjungan ini diketuai oleh YBhg. En. Nur Mohd Razali Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Sdra. Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE dan disambut oleh YBhg. Dato' Azman Shah Mohd Yusof Chief Executive Officer of Northport (Malaysia) Bhd. Turut hadir bersama En. Mohd Azmi Mohd Anis, Head Corporate Communications dan En. Mohd Tahir bin Mohd Azis, Pegawai Khas CEO.

Kunjungan Mahabbah YIDE ke Selgate Corporation Sdn. Bhd

SHAH ALAM, 12 April 2018 ; Yayasan Islam Darul Ehsan telah hadir ke Selgate Corporation Sdn. Bhd. (SELGATE) dalam rangka lawatan kerja bagi membincangkan hal ehwal penajaan untuk anak-anak yatim dibawah seliaan YIDE pada bulan Ramadan kelak. Kunjungan ini diketuai oleh Sdra. Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE dan disambut oleh YBhg. Tuan Noor Hisham Mohd Ghouth, Chief Executive Officer of Selgate Corporation Sdn. Bhd. (SELGATE). Turut dibincangkan adalah kerjasama YIDE dan SELGATE untuk membuka pusat dialisis di daerah-daerah yang masih belum terdapat Pusat Dialisis MAIS. Hadir bersama Pn. Nor Hafzam, Pengurus Operasi, Bahagian Pusat Dialisis MAIS.

YIDE RAI ANAK YATIM TONTON BOBOI BOY – September 2019

Shah Alam, 1 September 2019: Seramai 323 orang anak anak yatim dan asnaf diraikan hari ini dengan melihat filem animasi kanak kanak iaitu boboi boy di TGV ICity Shah Alam. Tayangan amal ini telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat Aiman Platanium Sdn. Bhd, dimana Pengarah Urusannya Aiman Firdaus Tan Abdullah berkata, program sebegini adalah sebahagian daripada aktiviti CSR syarikat. Anak anak yatim ini daripada 15 buah rumah kebajikan dibawah seliaan YIDE. Maskot Boboi Boy juga turut hadir selepas tamat tayangan dan memberi peluang kepada anak anak yatim ini bergambar dan melihat maskod dengan lebih dekat. Ini merupakan inisiatif YIDE bekerjasama dengan syarikat korporat untuk mengukir senyuman kegembiraan kepada anak anak yatim ini. Purata umur yang hadir 7 tahun hingga 16 tahun. Pada minggu lepas juga YIDE membawa anak anak yatim ini melihat perlawanan Piala Sultan Selangor.

Lawatan Korporat YIDE ke Malaysia Airport Berhad

SEPANG, 15 MEI 2019; Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mempelawa YIDE untuk hadir memberi penerangan berkenaan YIDE khusunya kepada pihak mereka. Kunjungan YIDE disambut oleh En. Azhar, Pengurus Kanan bahagian sumber manusia MAHB. Turut bersama dalam lawatan ini adalah wakil TERAS yang diketuai oleh En. Hasnul dan Lembaga Zakat Selangor oleh Ustaz Zakuan. YIDE diberi peluang untuk membuat pembentangan dan telah dijalankan dengan sebaiknya oleh En. Ariffin Jaafar memberi penerangan berkaitan YIDE khusuusnya dan juga Pn. Nor Hafzam Mohamad berkaItan Dialisis juga. . Pihak MAHB nyata menzahirkan minat untuk membina Pusat Dialisis MAHB-YIDE di Masjid MAHB bersebelahan Banggunan MAHB

Kunjungan Mahabbah YIDE ke Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Shah Alam, 9 April 2018 ; Yayasan Islam Darul Ehsan telah hadir ke Kumpulan Semesta Sdn. Bhd dalam rangka lawatan kerja bagi membincangkan hal ehwal penajaan untuk anak-anak yatim dibawah seliaan YIDE pada bulan Ramadan kelak. Kunjungan ini diketuai oleh Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif dan disambut oleh YBhg. Tn. Hj. Abdul Wahab bin Nordin, Pengurus Kanan Perhubungan Awam KSSB. Semoga ukhwah diantara kedua agensi dapat diteruskan demi kelestarian ummah.